Cara Kekalkan Nombor Lama
Assalamualaikum wbr dan Salam Hormat. Dalam artikel ini kami akan kongsikan cara kekalkan nombor lama anda ke Telco Tune Talk. Kepada semua pengguna yang ingin mengekalkan nombor telefon anda yang lama tetapi ingin bertukar ke telco yang lain, semestinya anda ingin mengetahui caranya.
Untuk pengetahuan anda, proses MNP atau Port Out adalah satu proses yang sangat mudah tetapi terdapat beberapa syarat yang anda perlu tahu. Melalui MNP (Mobile Number Portability) anda boleh berpindah talian ke telco Tunetalk dengan mengekalkan nombor telefon sedia ada milik anda. Di sini kami akan kongsikan kepada anda cara tukar line telefon dan syaratnya, semoga membantu.
Apa itu MNP?
Apakah maksud MNP? Mobile number portability (MNP) adalah proses pertukaran telco ke telco yang baharu dengan mengekalkan nombor telefon sedia ada. Terdapat beberapa istilah penting yang anda perlu tahu iaitu :
- Port in – merujuk kepada permintaan pelanggan untuk bertukar ke telco baharu
- Port Out – merujuk kepada pelanggan yang meninggalkan telco sedia ada.
Syarat-Syarat MNP
Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diambil perhatian sebelum anda membuat permohonan MNP. Sila patuhi syarat-syarat MNP yang dinyatakan di bawah bagi memudahkan urusan MNP dan permohonan dapat diproses tanpa sebarang isu.
Pelanggan Prepaid (Prabayar)
- Pastikan anda ialah pemilik akaun (nombor telefon).
- Nama penuh dan nombor kad pengenalan mestilah sama dengan butiran yang digunakan semasa mendaftar di telco asal. Hanya penama yang berdaftar sahaja dibenarkan untuk membuat permohonan MNP.
- Akaun/nombor telefon masih dalam keadaan aktif.
- Tempoh sah kredit masih aktif dan boleh membuat panggilan keluar. (call out)
- Sekiranya kredit handphone anda expired, sila tambah nilai sekurang-kurangnya RM5 untuk aktifkan semula tempoh sah kredit.
** Baki kredit yang ada akan hangus/lupus apabila proses MNP berjaya. Hanya nombor telefon sahaja dipindahkan.
Pelanggan Postpaid (Pasca Bayar)
- Pastikan anda ialah pemilik akaun (nombor telefon).
- Nama penuh dan nombor kad pengenalan mestilah sama dengan butiran yang digunakan semasa mendaftar di telco asal. Hanya penama yang berdaftar sahaja dibenarkan untuk membuat permohonan MNP.
- Akaun atau nombor telefon masih dalam keadaan aktif.
- Tiada kontrak dengan penyedia rangkaian atau telco asal.
- Sekiranya ada tunggakan, bayar kesemua bil semasa dan tunggakan sebelum memohon untuk MNP.
- Jika akaun anda mempunyai talian tambahan atau sub line, anda MESTI pisahkan akaun terlebih dahulu sebelum MNP dibuat, ATAU anda MESTI pindahkan kesemua talian bersama.
Proses MNP
Sekiranya semua syarat di atas dipenuhi, anda boleh lah menemui mana-mana dealer Tunetalk yang berhampiran atau membuat pendaftaran MNP secara online melalui website ini.
Proses MNP mengambil masa antara 1 hingga 5 hari waktu bekerja dari tarikh permohonan dibuat dan ianya bergantung pada tempoh kelulusan daripada pihak telco asal. Setelah permohonan MNP diproses, anda akan menerima SMS daripada telco asal untuk tujuan pengesahan port out.
SMS tersebut perlu dibalas dengan segera atau ikut tempoh yang telah ditetapkan oleh Telco asal sebagai persetujuan untuk bertukar kepada penyedia rangkaian yang baru, iaitu Tune Talk. Anda boleh rujuk penyedia rangkaian anda jika terdapat sebarang kesulitan semasa memohon untuk MNP ke telco Tune Talk.
Format Pengesahan SMS Port Out
PENTING!! Anda mesti REPLY SMS pengesahan port out dengan kadar segera seperti yang dinyatakan arahan dalam SMS dan mengikut tempoh masa yang diberikan oleh telco asal. Sekiranya anda tidak reply SMS tersebut atau reply SMS melebihi tempoh yang telah ditetapkan, proses MNP akan gagal. Anda perlu resubmit semula MNP tersebut. Sila rujuk cara reply SMS dalam jadual di bawah.
Like kami di FB