Soalan Lazim Plan Terbaru Pek Epik
Apakah itu Pek TT Epik (TTEPIK)?
Pek TT Epik adalah pek prabayar terkini dari Tune Talk yang terbaik dalam kelasnya, menawarkan nilai terbaik serta pengalaman 5G Tune Talk pertama yang sesuai dengan gaya hidup kontemporari bagi semua golongan.
Pek ini menawarkan empat jenis pelan yang direka khas untuk memenuhi pelbagai keperluan Internet seharian, semuanya dengan harga yang kompetitif.
Bagaimanakah untuk menjadi pelanggan Pek Epik?
Pek Epik adalah untuk:
1) Pengguna Tune Talk baharu yang mendaftar pek SIM selepas 00:01, 27 Oktober 2023; atau
2) Pengguna yang memohon untuk bertukar ke Tune Talk selepas 00:01, 27 Oktober 2023; atau
3) Pengguna Tune Talk sedia ada yang bertukar ke Pek Epik selepas 27 Oktober 2023.
Bagaimanakah untuk memastikan saya boleh nikmati rangkaian 5G?
Berikut adalah senarai semak:
(1) Mempunya peranti yang menyokong 5G dan berada di kawasan yang menyokong 5G (semak rangkaian anda DI SINI)
(2) Anda perlu memiliki USIM atau Tune Talk eSIM untuk memastikan kualiti panggilan yang optimal.
(3) Anda juga perlu memastikan bahawa 5G diaktifkan dalam ‘Tetapan Rangkaian’ peranti anda. Adakalanya, mod penyimpanan tenaga atau aplikasi pihak ketiga boleh menyahaktifkan tetapan 5G.
(4) Untuk maklumat lanjut mengenai 5G, rujuk ke laman 5G kami DI SINI
Bolehkah saya menggunakan hotspot dengan pelan Epik?
Bergantung kepada pelan anda, penggunaan hotspot akan menggunakan kuota Internet asas yang boleh dikongsi atau hotspot tambahan yang dikhaskan.
Jelaskan lebih lanjut mengenai Aplikasi Chat, Sosial dan Video Tanpa Had
pelan Epik 35 terlaris kami dilengkapi dengan Internet tanpa had serta pengalaman video Definisi Tinggi (HD) untuk beberapa Aplikasi popular di kalangan belia Gen Z.
Aplikasi yang tersenarai adalah:
Instagram
X
TikTok
WhatsApp
WeChat
Viber
imo
LINE
YouTube
YouTube Kids
Netflix
Viu
Astro GO
iQiYi
Adakah semua pelan internet dilengkapi dengan lanjutan tempoh sah?
(cth.) Apabila anda menambah nilai RM30 pada 5 November 2023, tempoh sah anda akan dilanjutkan selama 30 hari hingga 23:59, 4 Disember 2023. Jika anda melanggan pelan Epik 35 pada 10 November 2023, tempoh sah anda akan dilanjutkan sehingga 9 Disember 2023.
Apakah keistimewaan teknologi 5G yang ditawarkan oleh Tune Talk dalam Pek Epik ini?
5G adalah teknologi terkini yang memberikan kelajuan Internet yang pantas dan kependaman yang lebih rendah. Dalam pelan Pek Epik kami, kami teruja untuk memperkenalkan pelan 5G pertama kami, yang dikenali sebagai pelan Epik5G 45. Pelan ini dilengkapi dengan 30GB Internet berkelajuan tinggi dan 5G Internet Tanpa Had.
Bolehkah saya menggunakan Internet 5G Tanpa Had apabila 30GB Internet Berkelajuan Tinggi saya telah digunakan sepenuhnya?
Anda masih boleh menikmati Internet 5G Tanpa Had semasa berada dalam kawasan liputan 5G. Pelanggan yang tidak berada dalam kawasan liputan 5G perlu melanggan “B3 booster” atau booster lain yang sesuai untuk peranti 4G .
Bagaimanakah cara untuk memilih antara rangkaian 4G dan 5G?
Anda boleh mengawal tetapan ini dengan mengikuti langkah-langkah di bawah:
Buka “Tetapan” pada peranti anda
Cari “Rangkaian & Internet” atau pilihan yang serupa
Cari dan pilih “Rangkaian Mudah Alih” atau “Rangkaian Selular”
Cari “Jenis Rangkaian Pilihan” atau tetapan yang serupa
Tukar jenis rangkaian daripada “5G” atau “5G/LTE” kepada “4G” atau “LTE”
Simpan atau gunakan perubahan
Sila ambil perhatian bahawa langkah khusus mungkin berbeza bergantung pada jenama dan model peranti anda. Anda disyorkan untuk merujuk manual pengguna telefon anda atau mencari arahan khusus untuk peranti anda jika perlu.
Apakah yang akan berlaku apabila kuota Internet saya telah digunakan sepenuhnya?
Jika anda telah menggunakan pelan Internet anda sepenuhnya, anda boleh terus menikmati Internet asas anda pada 256kbps. Sebagai alternatif, anda boleh menambah booster yang tersedia atau melanggan semula pelan untuk menikmati kelajuan Internet biasa.
Bagaimanakah untuk menyemak sama ada peranti saya serasi dengan 5G?
Anda boleh menyemak keserasian 5G peranti anda DI SINI.
Adakah pek tarif lama masih akan tersedia (contohnya: Tune Talk CUN VALUE atau JIMAT) selepas 27 Oktober 2023?
Mulai dari 27 Oktober 2023, pengguna baharu hanya boleh melanggan Pek EPIK untuk pendaftaran SIM dan pertukaran SIM. Pengguna di Pahang, Terengganu, Kelantan masih boleh melanggan Pek Pantai Timur, manakala pengguna baharu di Sabah dan Sarawak masih boleh melanggan Pek Borneo.
Apakah pelan Pek TTEPIK yang tersedia untuk pelanggan?
Sila rujuk jadual di bawah untuk rangkaian produk yang tersedia untuk tarif TTEPIK:
Pelan/Pas | Kata Kunci SMS | Kuota Data | Kelajuan | Panggilan On Net | Panggilan Off Net | Tempoh Sah |
---|---|---|---|---|---|---|
EpikCall 20 | EPIKCALL20 | 10GB (4G) | Berkelajuan Tinggi | UNL | UNL | 30 |
Epik 35 | EPIK35 | 30GB (4G) | Berkelajuan Tinggi | UNL | UNL | 30 |
Epik5G 45 (Promo) | EPIK5G45 | 70GB (5G), 30GB (4G) | 5G (100Mbps), 4G (Berkelajuan Tinggi) | UNL | UNL | 30 |
Epik 50 (Promosi Terhad) | EPIK50 | 500GB (4G) | 6Mbps | UNL | UNL | 30 |
Apakah Aplikasi Chat & Navigasi Tanpa Had?
Aplikasi Chat & Navigasi Tanpa Had menyediakan Internet Tanpa Had untuk penggunaan Aplikasi WhatsApp, WeChat dan Google Maps. Buat masa ini, Aplikasi Chat & Navigasi Tanpa Had hanya tersedia untuk pelan EpikCall 20.
Apakah yang dimaksudkan dengan pengalaman video “HD” atau “SD”?
Pengalaman video “Definisi Tinggi” (HD) menawarkan Internet yang membolehkan penstriman tanpa gangguan pada resolusi 720p pada platform penstriman video. Manakala, pengalaman video “Definisi Standard” (SD) membolehkan penstriman tanpa gangguan hingga resolusi 360p.
Apakah promosi yang ditawarkan dalam pelan Epik 50?
Dari 27 Oktober 2023 sehingga 31 Disember 2023, pelanggan boleh melanggan pelan promosi Epik50P dengan kuota 500GB internet dan 5GB hotspot tambahan. Pelan ini adalah promosi masa terhad dan tidak akan tersedia untuk langganan dan pembaharuan selepas 31 Disember 2023.
Apakah yang akan berlaku jika saya melanggan pelan Epik5G 45 tetapi saya tidak menggunakan peranti 5G atau tidak berada dalam kawasan liputan 5G?
Jika anda tidak mempunyai peranti yang menyokong 5G atau tidak berada dalam kawasan liputan 5G, anda tidak akan dapat menggunakan kuota Internet 5G Tanpa Had! Sebarang penggunaan Internet akan menggunakan Internet asas 30GB anda.
Adakah saya masih boleh menikmati 5G jika Internet 5G Tanpa Had saya yang ditawarkan oleh pelan Epik5G 45 telah mencapai had FUP?
Anda masih boleh menggunakan 5G dengan menggunakan Internet asas sekiranya Internet 5G Tanpa Had anda telah mencapai had FUP.
Apakah itu 1GB Data Percuma dan bagaimana untuk menebusnya?
Pengguna yang mendaftar dan mengaktifkan SIM Tune Talk BAHARU bermula dari (Date TBC) layak menerima Data Selamat Datang 1GB PERCUMA dalam Pek Epik BAHARU mereka sebagai tanda penghargaan. Data Selamat Datang 1GB PERCUMA ini hanya boleh ditebus SEKALI melalui Aplikasi Tune Talk dan sah selama 7 hari.
Pelanggan dikehendaki menebus Data Selamat Datang 1GB PERCUMA ini dalam tempoh 60 hari dari tarikh pengaktifan SIM. Untuk menebusnya, sila pergi ke Aplikasi Tune Talk > Pelan > Bonus & Lain-lain.
Bagaimanakah untuk menyemak status atau baki kuota pelan internet saya?
Untuk pengalaman terbaik, kami mengesyorkan menggunakan Aplikasi Tune Talk untuk menyemak penggunaan data anda. Anda juga boleh menyemak penggunaan anda melalui SMS dengan menghantar STATUS ke 2222, atau dail *134# (USSD).
Like kami di FB