SOALAN LAZIM

Assalamualaikum wbr dan Salam Hormat kepada semua dealer dan pengguna simkad Tunetalk. Berikut kami berikan beberapa soalan lazim yang sering ditanya berkenaan dengan program Tunetalk Legend atau TTL. Semoga info ini membantu anda lebih memahami konsep dan objektif program Tunetalk Legend ini diadakan.

SOALAN UMUM PROGRAM TTL

Apakah Program Tunetalk Legend atau ringkasnya dipanggil TTL?

TTL bermaksud Tune Talk Legend. Objektif atau tujuan Program Tunetalk Legend diadakan adalah untuk memperkasakan komuniti yang mempunyai kelayakan untuk mempromosikan produk TuneTalk.

Siapakah yang dimaksudkan dengan Komuniti yang berkelayakan?

Komuniti yang berkelayakan adalah sesiapa sahaja yang mempunyai ciri-ciri berikut iaitu seseorang yang berminat untuk memulakan perniagaan sendiri, seseorang yang mencari sumber pendapatan dengan masa kerja fleksibel dan ingin mencapai kebebasan kewangan.

Program TTL ini juga layak untuk individu yang masih menganggur dan sedang mencari pekerjaan yang mempunyai pendapatan stabil

Apakah terma dan syarat untuk sertai program Tunetalk Legend (TTL)?

Program TTL ini layak untuk:
✓ Semua warganegara Malaysia yang mempunyai MyKad yang sah.
✓ Warganegara Malaysia yang berumur di antara 18 hingga 60 tahun

Bagaimana nak daftar sebagai agen dalam Program TTL?

Anda mesti mendaftar melalui Pengedar Prestige Tune Talk sahaja.

Mengapa anda perlu sertai Program Tunetalk Legend?

Terdapat beberapa sebab utama kenapa anda perlu sertai Program TTL. Antaranya adalah:

✓ Tiada yuran penyertaan. (PERCUMA)
✓ Kos kapital yang rendah.
✓ Pelbagai insentif dan ganjaran menarik disediakan.
✓ Pendapatan jangka panjang.
✓ Pendapatan jangka panjang secara tidak langsung.

Sekiranya saya sertai program TTL, apakah bahan promosi dan sokongan yang akan diterima oleh pihak saya?

Sebenarnya pihak kami telah sediakan segalanya untuk bantu kejayaan anda dalam program ini. Antara bahan promosi dan sokongan yang disediakan adalah seperti di bawah iaitu:

✓ Seminar latihan secara online & offline
✓ Bahan promosi (POSM)
✓ Panduan secara individu daripada Pengedar Prestige
✓ Pelbagai sumber pendapatan
✓ Pendapatan langsung
✓ Pendapatan tidak langsung
✓ Pek Permulaan**

Apakah yang terkandung dalam PEK PERMULAAN?

Pihak kami akan berikan PEK PERMULAAN seperti di bawah iaitu:

✓ 10 keping simkad Tune Talk bernombor
✓ 2 helai T-shirt Tune Talk Legend
✓ Barangan Merchandise Tune Talk

SOALAN BONUS PROGRAM TTL

Saya berminat untuk daftar dealer Tunetalk Legend. Adakah website promosi disediakan sekiranya saya ingin mempromosi produk Tunetalk secara online?


Pihak kami sediakan website promosi yang sangat menarik bagi membantu setiap dealer atau agen mempromosi simkad Tunetalk secara online. Bukan sahaja menerima website promosi, anda juga akan dimasukkan dalam support group khas yang kami wujudkan untuk membimbing setiap dealer dalam group ini.

Anda juga dibekalkan dengan flyers dalam bentuk digital dan anda boleh terus share kepada sesiapa sahaja yang menjadi prospek anda. Tugas anda mempromosi produk Tunetalk akan menjadi lebih mudah

Sila lawati dan like FB Page kami di Facebook untuk dapatkan lebih info dan promosi terkini Program Tunetalk Legend.